Wednesday, May 13, 2009

jadi lah pulak...




















Cristiano Ronaldo dan Manchester United menandatangani perjanjian dengan Real Madrid mengenai perpindahan pemain sayap antarabangsa Portugal itu ke kelab Sepanyol terbabit.


Akhbar utama tempatan, El Pais, melaporkan, mengikut perjanjian itu, Manchester akan melepaskan Pemain Terbaik Dunia 2008 terbabit selepas Julai depan dengan nilai minimum AS$109 juta (RM380.47 juta).

Bekas Presiden Real, Florentino Perez, yang dijangka membuat pengumuman, esok, mengenai pendiriannya bertanding untuk kembali menerajui kelab itu, sudah mengadakan perbincangan mengenai yuran perpindahan dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes.

Tetapi, Perez mungkin memutuskan untuk membeli perancang utama AC Milan kelahiran Brazil, Kaka kerana: “Dia lebih murah dan tindakan ini akan memberi peluang untuknya membeli lebih ramai pemain baru,” lapor akhbar itu.

-sumber harian metro






No comments:

Post a Comment